THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, October 21, 2008

Kad Jalur Magnetik
Kad jalur Magnetik (magnetic stripe card) mempunyai satu jalur (stripe) hitam bermagnet dibelakangnya.
Pada jalur ini data telah dikodkan (encoded). Kad ini digunakan untuk tujuan tertentu seperti mengeluarkan wang tunai dari mesin juruwang automatik (Automatd Teller Machine - ATM).
Kad Maybank Kawanku dan Giro BSN adalah jenis kad jalur magnetik. Kad jenis ini juga digunakan sebagai kad kredit seperti kad American Express, Visa dan MasterCard.
Antara data yang terdapat pada jalur magnetik ialah nama, nombor akaun dan nombor PIN (Personal Identification Number)

Kad Pintar
Kad Pintar (smartcard) ialah kad yang mempunyai rupa dan saiz yang sama seperti kad jalur magnetik (magnetic stripe card) tetapi di dalamnya terdapat satu mikropemproses (CPU) kecil serta cip ingatan (memory chip).
Kad pintar (smartcard) berasal dari Peranchis. Sekarang ini di Peranchis kad pintar telah digunakan sebagai kad telefon, kad bank dan kad kesihatan.
Di Malaysia penggunaan kad pintar telah dijadikan salah satu aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia (MSC).
Selepas tahun 2000 kebanyakan rakyat Malaysia akan memiliki kad pintar untuk pengenalan diri, lesen memandu, dompet elektronik (electronic purse), kad pengangkutan, kad kesihatan dan banyak lagi fungsi lain.






Setelah kad ATM dimasukkan ke dalam mesin ATM, maka kad akan dibaca oleh magnetic card reader yang ada didalam mesin.
Fungsi dari magnetic card reader hanya sebagai pembaca dan penerima data.
Setelah dibaca, lalu data tersebut dikirim ke sistem komputerisasi bank.
fungsinya hanya sebagai penerima data maka magnetic card reader tidak memiliki memori yang boleh menyimpan data. Saat mesin berhasil membaca data dalam kad ATM tersebut, maka mesin akan meminta data PIN (Personal Identification Number).
PIN ini tidak terdapat di dalam kad ATM melainkan harus dimasukkan didalam oleh data. Kemudian setelah PIN dimasukkan, maka data PIN tersebut akan dibaca dengan rumus tertentu dan dikirim ke sistem komputer bank yang berkaitan.
Kemasukkan data PIN ini agar data yang dikirim tidak boleh di baca oleh pihak yang lain.

0 comments: